Penganjur Respon Keluhan Aishah Tidak Dapat Hadiah Kemenangan GV4

Hiburan

Penganjur Respon Keluhan Aishah Tidak Dapat Hadiah Kemenangan GV4

Pendedahan serta keluhan penyanyi lagenda, Aishah yang kecewa kerana masih tidak dapat tanah lot banglo yang dijanjikan sebagai hadiah kemenangan Gegar Vaganza 4 dan mengenai isu barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang palsu bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi juga pihak Astro selaku penganjur program realiti pertandingan nyanyian itu.

Advertisement

Menurut jurucakap Astro, pihak penaja ada memaklumkan mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan segala isu berkaitan penyerahan lot tanah tersebut.

Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo. Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut,

Berbicara mengenai hadiah tajaan barang kemas yang didakwa tidak bernilai itu, Astro tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut. Adalah lebih baik untuk perkara itu diajukan sendiri kepada pihak penaja.

Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau masih belum lagi menerima lot tanah banglo yang dijanjikan meskipun sudah setahun dinobatkan sebagai juara GV4. Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang kononnya bernilau RM80,000 sebenarnya tidak tulen.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...