Pengacara Ini Dituduh Skandal Chef Fikree

Hiburan

Pengacara Ini Dituduh Skandal Chef Fikree

Sejak beberapa hari lalu, kontroversi chef selebriti, Chef Fikree Aznan yang berlaku curang dan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang cukup hangat diperkatakan.

Advertisement

Terbaru, satu sumber menerusi Miss K di portal Astro Gempak memberitahu, wanita yang dikaitkan sebagai skandal Fikree adalah pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Seorang pengirim yang mahu dirinya dikenali sebagai Marry nak kongsi cerita panas lagi terkini (dia kata). Marry mendakwa dia tahu hubungan cinta Chef selebriti, Fikree Aznan dengan seorang pengacara. Si Marry sebut ‘skandal’.

Tulis Marry dalam e-mel itu, wanita yang dikaitkan dengan Chef Fikree ialah pengacara yang sama-sama mengacara program jualan langsung di sebuah stesen televisyen, dikenali sebagai Masrenny Masri.  Marry juga telah menghantar paparan perbualan dua individu mengenai Fikree dan Masrenny. Sungguh berani Marry membuat pendedahan kan?

Namun, tidak dapat dipastikan lagi kesahihan dakwaan individu tersebut. Mungkin ia sekadar gosip ataupun hubungan mereka sebagai rakan sekerja sudah disalah erti oleh sesetengah pihak.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...