Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pengacara HLive Elly Arifin & Jiggy Kumpulan Masin Bercerai Talak Satu

elly arifin jiggy bercerai

Selepas beberapa bulan timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya, pengacara dan pelakon, Elly Arifin mengaku perkahwinannya dengan pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin, sudah berakhir.

elly arifin jiggy bercerai

Advertisement

Tinggal berasingan sejak November tahun lepas, mereka sah bercerai talak satu pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun, Elly enggan mendedahkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

Puncanya, biarlah kami saja yang tahu. Tapi apa yang boleh saya katakan selepas tiga tahun berkahwin, kami gagal mencari persefahaman yang baik.

elly arifin jiggy bercerai

Kami mula tinggal berasingan sejak November lalu. Apa alasannya, biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami.

Menurut Elly, tiada wanita menginginkan sebuah perkahwinan yang dibina berlandaskan cinta  berakhir dengan perceraian dan tidak mudah sebenarnya untuk menghadapi situasi itu. Namun, dia percaya apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

elly arifin jiggy bercerai

Tidak dinafikan perpisahan ini memberi kesan pada saya, apatah lagi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana orang duduk di rumah bersama suami dan keluarga, tapi saya tidak.

Apatah lagi sudah tujuh tahun saya biasa bersamanya. Sekarang apabila sudah tidak bersama, memang berbeza apabila dia tiada di hadapan mata.

elly arifin jiggy bercerai

Iyalah, siapa yang berkahwin untuk bercerai? Bagaimanapun, saya percaya semua yang terjadi ada sebabnya. Saya tak mahu fikir ujian ini sebagai bebanan, sebaliknya hikmah dari Allah

Elly dan Jiggy berkahwin pada 9 September 2016 selepas bercinta selama tujuh tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Elly pernah mengalami keguguran pada September lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 28, 2020 at 12:57 pm

    Tak pelah dah tk de jodoh kan nk buat mcm man

  2. Elliza Razak

    March 26, 2020 at 7:19 pm

    SEPASANG LAGI SELEBRITI BERCERAI TANPA PENGETAHUAN UMUM SELEPAS VANIDAH-RSHIDI

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top