Pendedahan Kisah Sebenar Ibu Mertua Adalah Wasiat Arwah Bapa – Fazley Yaakob

Hiburan

Pendedahan Kisah Sebenar Ibu Mertua Adalah Wasiat Arwah Bapa – Fazley Yaakob

Meskipun mendedahkan beberapa perkara yang agak mengejutkan rakyat Malaysia mengenai ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur, penyanyi dan chef Datuk Fazley Yakoob serta isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad sedikit pun tidak menyimpan sebarang rasa dendam dalam hati mereka terhadap wanita itu.

Advertisement

Sebelum ramai pihak yang salah faham dan mencetuskan spekulasi, Fazley menjelaskan beliau terpaksa berkongsi cerita sebenar tentang ibu mertuanya kerana ia adalah wasiat daripada arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad dan sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya. Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga.

Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak. Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai. Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga.

Terdahulu, perkongsian Fazley menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Malah,  ia seakan membuka pekung keluarganya sendiri. Setelah itu, Fazley didakwa mula tunjuk “alim” dan dilabel “fake” oleh sesetengah pihak apabila turut mendedikasikan ucapan khas buat ibu mertuanya dan memberitahu beliau selalu mendoakan kesejahteraan isteri bekas perdana menteri itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...