Pendapatan Jadi Duta Lebih Lumayan Berbanding Jual Produk Sendiri – Ruhainies

Hiburan

Pendapatan Jadi Duta Lebih Lumayan Berbanding Jual Produk Sendiri – Ruhainies

Hampir setiap selebriti di Malaysia, popular ataupun tidak akan menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan produk mereka sendiri, tetapi pelakon Ruhainies nampaknya tidak berminat dengan perniagaan. Ruhainies yang fokus menjadi duta sepanjang bulan Ramadhan ini mengakui pendapatan menjadi duta  syarikat lain lebih menguntungkan berbanding menjual produk sendiri.

Advertisement

Saya tidak boleh terlibat dengan sebarang penggambaran kerana sudah berjanji untuk membuat kemunculan sepanjang bulan Ramadan ini sebagai duta. Menariknya selain dibayar sebagai duta untuk sesuatu tempoh, saya turut menerima bayaran tambahan setiap kali muncul pada majlis yang dianjurkan produk berkenaan.

Jadi secara tidak langsung juga saya dapat berehat sebentar dan memberi fokus kepada keluarga serta melakukan amal ibadat di bulan Ramadan. Pendapatan menjadi duta produk lebih menguntungkan berbanding jual produk sendiri kerana saya tak ada masa membuat promosi.

Tidak dinafikan artis yang menjadi duta mendapat bayaran yang cukup lumayan dan tidak perlu pening kepala untuk memikirkan promosi. Kalau buat produk sendiri memang agak pening kepala, iyalah kena keluar modal dan sebagainya. Apa-apa pun, ia juga bergantung kepada minat masing-masing, ada yang suka berniaga dan ada yang sebaliknya.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...