Pendakwah Bebas Dan Isteri Perguna Agama, Dr Amalina Kecewa Tiada Tindakan Diambil

Hiburan

Pendakwah Bebas Dan Isteri Perguna Agama, Dr Amalina Kecewa Tiada Tindakan Diambil

Baru-baru ini, kita sekali lagi digemparkan dengan berita dimana pendakwah bebas, Da’i Farhan dikatakan menerima penganugerahan Diploma Perubatan Islam. Ia sekaligus menangkis kata-kata netizen yang mendakwa perubatan Islam tidak setanding perubatan moden.

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Advertisement

Namun, rata-rata netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Tidak dinafikan ilmu agama itu luas dan mempunyai seribu satu manfaat kepada manusia, tetapi ada segelintir pihak menggunakan agama semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Tidak boleh lihat orang mempergunakan agama untuk mengaut keuntungan

dr amalinadr amalina

Melihat perkara itu yang semakin berleluasa di Malaysia, Dr Amalina meluahkan rasa kecewa mengapa tiada tindakan tegas yang diambil terhadap mereka yang menipu menggunakan agama demi kepentingan diri.

Kenyataan Dr Amalina mendapat pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan terbabit.

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islamPenulis bukanlah seorang manusia yang sempurna, mahupun seorang yang arif dalam bab agama.  Namun, sekadar pendapat, janganlah kita mempergunakan agama hanya kerana mahu mengaut untung besar. Perbuatan itu agak melampau dan memburukkan lagi imej agama Islam.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...