Written by serenity | April 20th, 2019

Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa.

Bekas isterinya, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Dan kerana usia pernikahan yang masih baru, dia telah meminta lelaki itu agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

PU Abu telah memilih untuk bersama ibu tunggal tersebut. Bekas isterinya juga telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, bekas isterinya mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Malah seorang rakan sekolah PU Abu telah menulis komen di Instagram bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama di sekolah.

Tulisan bekas isteri PU Abu telah dimuat naik ke Twitter oleh rakannya atas permintaannya sendiri.

Juga terdapat dakwaan bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran Ustaz.

Ada juga mendakwa cerai yang dilafazkan oleh PU Abu tidak sah kerana ia dibuat melalui aplikasi WhatsApp dan talak tidak jatuh sehinggalah anak mereka dilahirkan.

Setakat ini tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015 dan dikenali kerana bentuk tubuhnya yang tegap.- beautififulnara.com

 

78 responses to Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

  1. Anonymous says:

    hapalah yg membetulkan pon x betul.. Talak tu jatuh.. Menceraikan dalam keadaan isteriengandung tu hukumnya haram.. Contohnya berzina hukumnya haram, tapi jadi x perbuatan zina tu.. Terjadi la.. Sama la macam menceraikan isteri yg sesang mengandung.. Berdosa besaq.. Tp sah.. Jatuh talak.. Iddah ja habis lepas beranak.. Depa xdh x leh bersentuhan mcm suami isteri.. Tp dalam tempoh mengandung tu boleh rujuk balik jika mahu.. Lepas bersalin dh hbis iddah kna nikah balik kalau nk bkahwin smula..

  2. Malisa says:

    Boikot je produk sampah hana azra tu.perempuan garitt

  3. Anonymous says:

    Abu, you just dont deserve to be call as a man or husband. And Hana, a great woman, empower other woman, but you is just an example how low a woman can be. Adios

  4. esah jendul says:

    pompuan ni sapa & produk apa pompuan ni buat…tak glamer pun…silap2 produk timbang kilo…perosak rumah tangga org…boikot je produk sampah dia

  5. mohon kau bertaubat ABU says:

    sebab janda gatal bijik kemaruk batang beginilah habis janda suci yg lain tkena tempias.

    Kes 1: kawan sy kahwin umur 22 tahun. suami pulak 23 tahun. dua-dua masih studi U. isteri dapat kerja dulu dari suami. takde masalah. tup2 bila suami dapat kerja dah senang sikit ada nama ada harta tetiba janda sepejabat masuk line. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. mulut manis jer tanya kabar dgn sang isteri, suaminya ko belai. kantoi masa hari raya si janda dah tak tahan menanggung rindu suruh datang rumah beraya. tetiba janda bercakap sambil menjeling dan menyindir si isteri mengambil kepunyaannya. itulah pengakhirannya. si isteri nekad minta cerai. sampai sekarang nikah cerai nikah cerai je la keja bekas si suami itu.padan muka!

    Kes 2: seorang janda yg juga seorang guru. berpindah-pindah sekolah rupa rupanya masalah kemaruk batang. setiap sekolah yg dia posting dia akan carik batang somi orang. lelaki hidung belang kann? kalau dah busuk dia makan jugak, free pulak tue. mengila dgn somi orang sampai habis dia hantar kawan kawan dia pergi check insta si isteri pergi tilik apa si isteri post pastu repot dekt dia. malam2 pulak becengkerama dalam fon masa isteri dan anak2 tidur. seronok kan dibelai syaitan. kantoi bila si isteri cium bau busuk hubungan tu terus si isteri check apa yg patut. tetibe janda busuk ni muncul depan rumah bagitau dia takde hubungan apa apa pun walupun dah kantoi berzina dlam rumah sewa cgu janda ni! si isteri bagi kata 2 kat suami , anak2 semua dia amik. suami pulak tak nak lepaskan. cakap sesajer nak test line, touch and go since cikgu janda ni syok kat dia. bagusla. akhirnya si suami tak nak janda tu, yg janda tu plak dapat maki hamun dan penampar dari si isteri. lepastu dapat berita si ckgu janda ni kahwin dgn duda yang belum sampai 100 hari pun kematian isteri. NGAM!

    tu je nk bagitau. betapa dalam 10 orang janda, 9 semuanya iblis syaitan nirrajim.manakala yang akan menjadi janda pulak meningkat jumlahnya sebab kes-kes begini. kenapala tak cari org bujang, org yg terlajak bujang!

  6. PRACTICE WHAT U PREACH, or Dont Preach at all. buat malu agama, buat malu individu yg berpangkat ustaz

Leave a Reply to aku perati je.. Cancel reply