Penampilan Cik B Dikritik Selekah Oleh Netizen, Ini Respon Datuk Seri Vida

Hiburan

Penampilan Cik B Dikritik Selekah Oleh Netizen, Ini Respon Datuk Seri Vida

Baru-baru ini, Datuk Seri Vida telah melancarkan lagu rayanya sendiri iaitu Lavida Raya, hanya dalam masa beberapa jam, lagu tersebut telah trending dan mendapat pujian ramai kerana rentaknya yang sangat ‘catchy’ dan membangkitkan lagi mood hari raya.

Advertisement

DSV juga telah dijemput untuk menyanyikan lagu hits beliau itu ketika penutup sebuah rancangan hiburan bersama dengan anaknya-anaknya  Cik B dan Kacak serta selebriti terkenal. Tidak dinafikan, suasana di studio memang meriah sekali.

Namun, ada sesetengah netizen mengkritik penampilan Cik B kelihatan  selekeh dan  pakaian beliau agak ketat serta sendat. Mereka mempersoalkan mengapa imej anaknya itu tidak seiring dengan ibunya yang boleh dikatakan sebagai ‘diva’.

Menerusi akaun Instagram, DSV  memberitahu anak perempuannya itu yang baru sahaja berusia 12 tahun tidak gemar untuk muncul di kaca televisyen. Pakaian Cik B kelihatan agak sendat kerana beliau sebenarnya memakai baju sehingga dua lapis.

Bersimpati dengan nasib Cik B yang menjadi mangsa kritikan netizen bermulut longkang, rata-rata pengikut DSV memberikan kata-kata semangat buat anaknya itu termasuklah penyanyi terkenal Nourul Depp.

Alahai netizen, budak perempuan yang masih terlalu muda pun korang hendak kritik. Cik B itu masih terlalu muda untuk bergaya sakan. Tunggulah beberapa tahun lagi, waktu itu mungkin Cik B lebih cantik dan ‘stylo’ pasti membuatkan mereka yang mengecamnya dahulu terkedu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...