Baru-baru ini, Datuk Seri Vida telah melancarkan lagu rayanya sendiri iaitu Lavida Raya, hanya dalam masa beberapa jam, lagu tersebut telah trending dan mendapat pujian ramai kerana rentaknya yang sangat ‘catchy’ dan membangkitkan lagi mood hari raya.
DSV juga telah dijemput untuk menyanyikan lagu hits beliau itu ketika penutup sebuah rancangan hiburan bersama dengan anaknya-anaknya Cik B dan Kacak serta selebriti terkenal. Tidak dinafikan, suasana di studio memang meriah sekali.
Menerusi akaun Instagram, DSV memberitahu anak perempuannya itu yang baru sahaja berusia 12 tahun tidak gemar untuk muncul di kaca televisyen. Pakaian Cik B kelihatan agak sendat kerana beliau sebenarnya memakai baju sehingga dua lapis.
Bersimpati dengan nasib Cik B yang menjadi mangsa kritikan netizen bermulut longkang, rata-rata pengikut DSV memberikan kata-kata semangat buat anaknya itu termasuklah penyanyi terkenal Nourul Depp.
Alahai netizen, budak perempuan yang masih terlalu muda pun korang hendak kritik. Cik B itu masih terlalu muda untuk bergaya sakan. Tunggulah beberapa tahun lagi, waktu itu mungkin Cik B lebih cantik dan ‘stylo’ pasti membuatkan mereka yang mengecamnya dahulu terkedu.