Pemuda Dikecam Bagi Dadah Pada Monyet Sampai Lalok, Seronok ‘Kajian’ Berjaya

Kehidupan

Pemuda Dikecam Bagi Dadah Pada Monyet Sampai Lalok, Seronok ‘Kajian’ Berjaya

Semua pihak dah tahu menganiaya haiwan merupakan salah satu perbuatan yang salah tetapi masih ada lagi sesetengah masyarakat yang membuat perkara tersebut.

Sekiranya hal ini tidak dibendung pihak berkuasa, kejadian yang jadi pada seekor monyet ini pasti akan berulang di masa akan datang.

Advertisement

Baru-baru ini menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Twitternya, dia berkongsi sebuah video yang dimuat naik semula dari TikTok memaparkan keadaan seekor monyet terhuyung-hayang dan hampir rebah.

Difahamkan, monyet tersebut berada dalam keadaan ‘lalok’ seperti itu kerana pemuda di dalam video terbabit memberi sejenis dadah dan tanpa rasa bersalah, pemuda itu sempat mentertawakan monyet itu serta menganggap hasil kajiannya berjaya.

Berasa kasihan dengan haiwan itu, seorang pengguna tampil memberi penjelasan dadah yang diberikan oleh pemuda itu adalah dadah jenis 5 serta difahamkan, jika manusia yang menggambilnya, mereka akan mengalami sakit kepala apatah lagi seekor haiwan.

komen twitter

Meninjau di ruangan, rata-rata berasa geram melihat video terbabit serta menggesa pihak berkuasa menahan pemuda itu kerana bersikap tak berperikemanusiaan, lebih-lebih melihat dia ketawa semasa monyet tersebut seakan-akan ‘lalok’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

10 bulan lalu

Wanita Bongkar 'Spend' RM15K Ambil Anak Angkat, Rupanya Kena Bagi 'Saguhati' Pada Ibu Kandung Juga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...