Peminat Teruja Lihat Neelofa Hadiahkan Seterika Bernilai RM13,000 Kepada Kakak, Noor Nabila

Hiburan

Peminat Teruja Lihat Neelofa Hadiahkan Seterika Bernilai RM13,000 Kepada Kakak, Noor Nabila

Sering saja terpalit cerita-cerita sensasi, kali ini Neelofa sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan telah memberi hadiah yang agak mewah dan canggih kepada kakaknya, Noor Nabila.

Noor NabilaSumber : Instagram Noor Nabila  

Difahamkan pelakon dan usahawan terkenal itu telah menghadiahkan Nabila dengan set seterika yang dianggarkan bernilai hampir RM13,000 seunit.

Advertisement
Laura StarSumber : Google  

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pengguna media sosial di mana individu tersebut telah memuat naik tangkap layar Instagram Stories milik Nabila yang memaparkan dia mengucapkan terima kasih di atas pemberian alat elektrik mewah itu.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best. Gigih google nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ber’huhu’ je”, tulis individu tersebut.

Berikutan itu, ramai netizen tampil memberikan reaksi pelbagai antaranya ada yang mempersoalkan kecanggihan serta fungsi sebenar seterika tersebut sehingga bernilai seperti itu.

Pemberian Neelofa itu difahamkan mempunyai kaitan dengan berita perpindahan Nabila ke kediaman baru tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Terdahulu, menerusi saluran Youtube milik Nabila, dia ada memaklumkan akan berpindah rumah tidak lama lagi.

Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi bualan netizen apabila pengacara program MeleTOP itu telah mewarnakan kuku jarinya dengan inai berwarna hitam sekaligus dilabel berhati hitam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...