Peminat Sokong Bella Astillah Kembali Bersama Aliff Aziz

Hiburan

Peminat Sokong Bella Astillah Kembali Bersama Aliff Aziz

Sering dilihat keluar bersama dan turut memuat naik ucapan hari jadi penuh romantis buat Aliff Aziz, Bella Astillah seakan memberikan bayangan bahawa mereka kembali dilamun cinta dan bakal berbaik semula.

aliff aziz bella astillah kembali bersama

Advertisement

Tidak dinafikan, pada awalnya rata-rata netizen tidak mengerti mengapa Bella mahu terus menyiksa dirinya dan kembali ke pangkuan seorang lelaki yang sudah banyak melukakan hatinya sebelum ini.

Menerusi ‘posting’ terbaru di Instagram Bella, dia berkongsi tentang rasa gembira kerana dapat bercuti panjang. Pada awalnya terdapat komen daripada Aliff yang bertanyakan sama ada dia akan datang ke Singapura, namun komen tersebut telah dipadamkan.

bella astillah aliff aziz rujuk

Bella sempat memberikan jawapan ringkas berbunyi “@aliffaziz91 see you soon love” yang menguatkan lagi desas-desus mereka bakal rujuk semula.

Kali ini, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan mendoakan agar mereka kembali bersama jika ada jodoh. Ada juga netizen yang berharap Aliff tidak mensia-siakan peluang kedua yang diberikan dan belajar dari kesilapan lalu, lebih menghargai Bella selepas ini.

bella astillah bella astillah aliff aziz bella astillah aliff aziz bella astillah aliff aziz

Terdahulu, Bella tidak menolak untuk menerima semula bekas suaminya jika itu yang terbaik buat kehidupan anak mereka. Menurutnya, perceraian antara mereka sudah banyak mengubah Aliff menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...