Peminat Malaysia Malu, Kata-Kata PU Syed Gelar BTS Syaitan Tersebar Di Portal Korea

Hiburan

Peminat Malaysia Malu, Kata-Kata PU Syed Gelar BTS Syaitan Tersebar Di Portal Korea

Masih lagi hangat dengan isu PU Syed Bakri menggelarkan kumpulan BTS syaitan yang menyesatkan umat.

Advertisement

Kenyataan beliau itu sudah tular sehinggakan sebuah portal berita Korea popular turut melaporkan isu tersebut.

Rata-rata peminat kumpulan itu di Malaysia meluahkan rasa kecewa dan malu dengan apa yang terjadi apatah lagi ia turut menjadi perbualan peminat – peminat antarabangsa.

PU Syed seakan memberikan imej buruk terhadap Malaysia. Sebagai seorang pendakwah, sepatutnya beliau membuat teguran dengan lebih sopan tanpa mengeluarkan sebarang perkataan berbaur penghinaan terhadap orang lain. Islam juga tidak pernah ajar untuk berdakwah secara kasar.

Pernah dengar pepatah, niat itu tidak menghalalkan cara? Niat hendak berdakwah itu baik dan murni tetapi tidak perlu sampai hendak menghina orang lain. Tunjukkanlah kepribadian Islam yang aman dan juga indah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...