Peminat Jangka Bakal Timang Baby Girl, Penampilan Datin Niena Baharun Memasuki Trimester Kedua Mencuri Perhatian Netizen

Hiburan

Peminat Jangka Bakal Timang Baby Girl, Penampilan Datin Niena Baharun Memasuki Trimester Kedua Mencuri Perhatian Netizen

Pelakon yang kini bergelar Datin, Niena Baharun baru-baru ini ada memuat naik foto dirinya yang terkini setelah memasuki trimester yang kedua fasa kehamilan.

Advertisement

Semakin cantik berseri, penampilan Niena yang kini sedang sarat hamil memang cukup menarik perhatian netizen di luar sana.

Memuat naik foto berpakaian baju mengandung rona  kuning, dia menulis kapsyen “2nd Trimester”, ringkas.

View this post on Instagram

2nd Trimester ?? Maternity Wear from @9months_maternity ?

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

 Meninjau ruangkan komen, ramai peminat yang mengikuti perkembangan rata-rata memuji penampilan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz ini yang kelihatan semakin berseri-seri dan ‘glowing’.

Malah, ada juga yang memberi jangkaan bayi yang sedang dikandung Niena ketika ini adalah bayi perempuan.

View this post on Instagram

Thanks Daddy for the awesome short trip to Penang #cuticutimalaysia #nexttripkemanakahkita

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

 Apa-apapun semoga dipermudahkan urusan kelahiran kelak buat Datin Niena. Sekadar mengimbas kembali, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus pada Februari 2018 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...