Peminat Bengang FattZura Tiada Dalam Pencalonan Couple MeleTOP AME 2018

Hiburan

Peminat Bengang FattZura Tiada Dalam Pencalonan Couple MeleTOP AME 2018

Ketiadaan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura Couple MeleTOP Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2018 menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati peminat mereka. Menerusi akaun Instagram rasmi MeleTOP, ramai yang memberikan komen dan mengaitkan isu ini dengan pengacara program tersebut Neelofa dan juga beberapa cerita panas sebelum ini.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan sengaja tidak mencalonkan mereka dan terpaksa mengikut terma dan syarat pencalonan.

Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil.

Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada.

Relaks semua, walaupun tidak ada dalam senarai Couple MeleTOP mereka masih lagi tercalon dalam dua lagi kategori lain iaia Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP. Mungkin tiada rezeki FattZura kali ini, yang penting mereka tetap sensasi dan meletup di hati peminat.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...