Pemilik Restoran Ini Kongsi Kisah Nyaris Tertipu Dengan ‘Scammer’ Tender Kerajaan Berjumlah RM150,000

Kehidupan

Pemilik Restoran Ini Kongsi Kisah Nyaris Tertipu  Dengan ‘Scammer’ Tender Kerajaan Berjumlah RM150,000

Seorang lelaki berkongsi tentang kejadian di mana dia hampir menjadi mangsa penipuan tender palsu bernilai RM150,000 baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsiannya di TikTok, Asraff Jeffery berkata syarikatnya telah dihubungi oleh seorang individu yang menyamar sebagai ‘wakil kerajaan’.

Advertisement

Kata individu itu, syarikat Asraff telah dianugerahkan tender dengan jumlah tersebut namun kemudian dia mula meragui kesahihan tender terbabit.

Difahamkan, dia telah diminta untuk membeli cenderahati bernilai RM30,000 untuk 30 tetamu majlis malah Asraff juga mendapati individu itu menyebut nama kementerian yang sudah bertukar sejak tiga tahun lalu.

Saya siasat balik. Saya tengok offer letter rupa-rupanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dah tukar nama Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.

scammer

Berdasarkan pemeriksaan dan bukti-bukti yang diperolehinya, Asraff membuat kesimpulan dan yakin bahawa tender tersebut adalah satu penipuan.

Saya kemudian menyemak di laman web kementerian berkaitan untuk mencari maklumat mengenai tender yang tertera dalam surat itu, tetapi tiada dan nombor tender tersebut memang tidak wujud.

Disebabkan itu, dia memilih untuk tidak meneruskan transaksi tersebut dan berkata perkongsian tersebut dibuat untuk mendedahkan tentang taktik terbaru scammer yang menggunakan cara tersebut.

@asraffjefferyHampir kena scam dengan tipu muslihat tender Kerajaan RM150k. Sebarkan.♬ original sound – Asraff Jeffery

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Malaysia juara paling mudah kena scam
2 weeks ago

Malaysia Menjadi ‘Juara’ Dalam Senarai Negara Paling Mudah Kena ‘Scam’ Secara Atas Talian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...