Pemandu Mercedes Acah Samseng Belasah Doktor Warga Emas, Netizen Kantoikan Rupanya ‘Drive’ Kereta Bapa Bergelar Dato?

Kehidupan

Pemandu Mercedes Acah Samseng Belasah Doktor Warga Emas, Netizen Kantoikan Rupanya ‘Drive’ Kereta Bapa Bergelar Dato?

Tular satu video di media sosial sejak semalam mempamerkan insiden seorang pemandu yang lagak samseng dan menyerang serta mengasari pemandu lain di bahu jalan berhadapan dengan Hotel Flamingo, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa merupakan seorang doktor berusia 67 tahun dan kejadian dirakam oleh orang awam di tempat kejadian.

Advertisement

Ketika memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama pada jam 10.30 pagi semalam, mangsa menyedari kenderaan dipandunya telah dilanggar dari arah belakang.

Apabila sampai sahaja di depan sebuah stesen minyak berhampiran, kenderaannya telah dihalang dari arah depan oleh sebuah kereta Mercedes.

Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.”

Dalam pada itu, netizen tampil mendedahkan bahawa kereta mewah dipandu suspek itu adalah milik bapanya yang didakwa bergelar seorang Dato.

Suspek berusia 27 tahun itu telah pun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan pada jam 9.45 malam, hari yang sama.

Dia mengakui bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati mangsa mengendahkan arahannya untuk berhenti semasa pelanggaran berlaku.

Hasil semakan pula mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan keputusan ujian air kencing juga didapati negatif.

Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

pukul
2 years ago

(VIDEO) "Samseng Betul" - Ditegur Halang Laluan, Pemandu 'Naik Angin' Pukul Penunggang Motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...