Pelik Artis Suara Sumbang-Mambang Tetap Masuk Final – Aliff Syukri Pertikai Keputusan Juri GV5

Hiburan

Pelik Artis Suara Sumbang-Mambang Tetap Masuk Final – Aliff Syukri Pertikai Keputusan Juri GV5

Walaupun tidak hadir ke konsert separuh akhir GV5 semalam, Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja utama program tersebut mempertikaikan keputusan juri yang menyingkirkan kumpulan Forteen.

Advertisement

Aliff berpendapat kumpulan itu telah memberikan yang terbaik dan merasa pelik mengapa pihak juri memilih penyanyi lain yang lebih teruk serta menyanyi dengan sumbang ke pentas akhir.

Keluhan Aliff itu yang dibuat menerusi akaun Instagramnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka berharap jutawan kosmetik itu berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan mencari publisiti murahan. Malah,  Datuk Ramli MS juga sebelum ini sudah menjelaskan sebab kukuh disebalik keputusan yang dibuat.

Artis lain yang turut tersingkir semalam adalah penyanyi Hetty Sarlene. Enam peserta lain yang bakal berentap di pentas akhir dan merebut gelaran juara GV5 ialah Amelina, Noryn Aziz, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Zamani dan kumpulan duo Billy Zulkarnain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...