Walaupun tidak hadir ke konsert separuh akhir GV5 semalam, Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja utama program tersebut mempertikaikan keputusan juri yang menyingkirkan kumpulan Forteen.
Aliff berpendapat kumpulan itu telah memberikan yang terbaik dan merasa pelik mengapa pihak juri memilih penyanyi lain yang lebih teruk serta menyanyi dengan sumbang ke pentas akhir.
Keluhan Aliff itu yang dibuat menerusi akaun Instagramnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka berharap jutawan kosmetik itu berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan mencari publisiti murahan. Malah, Datuk Ramli MS juga sebelum ini sudah menjelaskan sebab kukuh disebalik keputusan yang dibuat.
Artis lain yang turut tersingkir semalam adalah penyanyi Hetty Sarlene. Enam peserta lain yang bakal berentap di pentas akhir dan merebut gelaran juara GV5 ialah Amelina, Noryn Aziz, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Zamani dan kumpulan duo Billy Zulkarnain.