Pelakon dan pelawak Accapan telah meninggal dunia hari ini pada usia 63 tahun.
Harian Metro melaporkan, Accapan atau nama sebenarnya Samynathan A/L Rethinam meninggal dunia di rumah di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.
Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.
Accapan berlakon sejak tahun 80-an dan antara siri yang menaikkan nama Accapan ialah sitkom Santan Berlada.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor. – beautifulnara.com