Pelawak Popular Ditahan Bagi Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Berita

Pelawak Popular Ditahan Bagi Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Sering menonjolkan imej yang baik di hadapan umum, sedikit mengejutkan apabila terdapat selebriti disyaki terlibat dalam kancah jenayah.

Artis 80-an Ditahan
3 years ago

Didakwa Amang Seksual Remaja Perempuan, Artis 80-an Ditahan Polis

Advertisement

Terbaru, seorang pelawak popular dikhabarkan telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan daripada maklumat yang diperolehi pihaknya.

Disebabkan oleh itu, pihak polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan atas tujuan eksploitasi seks.

pelawak eksploitasi seksSumber : Google  

Buat masa ini, mangsa telah menerima perintah pelindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan yang bertempat di Johor.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Selain daripada itu, mereka turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit.

Dalam pada itu, suspek turut dikenakan kompaun disebabkan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) berdasarkan Pelan Pemulihan Negara 2021.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...