Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelawa Shah Rukh Khan Berlakon, Filem Epik Sejarah Melayu Tun Perak Bakal Diterbitkan

Aktif menerbitkan drama TV dan dokumentari di stesen tv tempatan, pelakon popular era 1980-an, Datin Seri Nora Shamsuddin,62, berkata dia mahu kembali aktif menerbitkan filem dan menyasarkan filem sejarah melayu.

Meskipun terpaksa menghentikan operasi dan meninggalkan seketika bidang seni kerana sibuk menguruskan cahaya mata dan rumah tangga, Nora berazam untuk kembali aktif setelah anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

Advertisement
Nora ShamsudinSumber : Google  

Ujarnya lagi, dia juga kini berkolaborasi dengan Datuk Rosli Yang Daniyan yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Harmoni Masyarakat Melayu Perak dan bakal menerbitkan filem sejarah Melaka iaitu Tun Perak dan ianya masih dalam perbincangan.

Tambah Nora lagi, pihak mereka harus mengkaji dengan lebih mendalam kerana ianya melibatkan sejarah dan perlu menyediakan props yang sesuai untuk filem sebegitu.

Selain memerlukan perbelanjaan yang besar, Nora walau bagaimanapun berasa yakin untuk menyediakannya dan akan meneruskan projek tersebut tidak lama lagi.

Nora Shamsudin

Malah teknik Imej Janaan Komputer (CGI) turut akan digunakan dalam filem epik tersebut selain menjemput pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan untuk berlakon.

Advertisement

“Elemen Imej Janaan Komputer (CGI) juga akan digunakan untuk filem ini. Ada beberapa pengarah akan ditampilkan kerana ada bahagian masing-masing. Ada pengarah untuk babak silat. Kami juga merancang untuk dapatkan Shah Rukh Khan berlakon filem ini sebagai pedagang dari India.”

Ditanyakan mengenai soal bayaran ditawarkan kepada pelakon terkenal itu, Nora memberitahu bahawa dia akan meminta bantuan Yang Dipertua Negeri Melaka iaitu Tun Mohd Ali Rustam mengenai perkara tersebut.

Datu Shah Rukh KhanSumber : Google  

“Berkenaan kos bayaran Shah Rukh Khan, saya akan minta bantuan Tun Mohd Ali kerana Shah Rukh Khan pun terima gelaran Datuk dari Melaka. Kemunculan dia pun tak lama pun dalam beberapa babak sahaja. Saya nak tonjolkan dia sebagai pedagang dari India. Ini salah satu tarikan filem ini.” ujarnya lagi.

Dia dalam pada itu turut bercadang untuk memaparkan filem tersebut ke saluran National Geographic dengan harapan seluruh dunia dapat tahu mengenai sistem beraja di negeri Perak adalah satu sistem yang unik dan tiada di mana-mana negara lain.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. tunperakmarah

    May 28, 2021 at 1:16 am

    kalau bab mengarut bg kat depa ni.. jgn nk bw msk la ms skrg.. covid dr sna truk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top