Pelakon Noorkhiriah ‘Tegur’ Pencetus Ummah Sering Cari Kesalahan Selebriti

Hiburan

Pelakon Noorkhiriah ‘Tegur’ Pencetus Ummah Sering Cari Kesalahan Selebriti

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai cara dakwah Pencetus Ummah sering sahaja dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Ada yang kurang bersetuju dengan kata-kata ‘pedas’ beberapa PU dan menganggap pendekatan yang agak lantang tidak semestinya boleh membuatkan seseorang itu berubah.

Advertisement

Malah, pelakon berbakat besar Noorkhiriah juga ada meluahkan perasaan geram terhadap seorang PU yang dikatakan sering mencari kesalahan dan tidak berpuas hati dengan golongan selebriti. Buat Khiriah, tidak perlu untuk menyalahkan mana-mana pihak jika berlakunya sebarang kejadian.

Menurut Khiriah, apa yang beliau katakan itu hanyalah pandangan peribadinya dan memohon maaf sekiranya luahan beliau itu menimbulkan rasa tidak puas hati ataupun membuatkan PU tersinggung.

Bagaimanapun, tidak pasti PU mana yang dimaksudkan oleh Khiriah dan beliau juga sudah memadam status tersebut daripada akaun Instagramnya.

Sumber Berita : OH BULAN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...