“Pelakon Lain Please!” – Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Asyik Berlakon Cerita Askar

Hiburan

“Pelakon Lain Please!” – Netizen Muak Tengok Hairul Azreen Asyik Berlakon Cerita Askar

Pada tahun ini rasanya ramai yang perasan filem-filem buatan Malaysia menjadi pilihan masyarakat untuk menontonnya di pawagam dan ia dapat dilihat dengan kejayaan filem Mat Kilau serta filem Air Force The Movie: Selagi bernyawa yang kini menjadi bualan warganet.

Tidak cukup dengan itu saja, muncul lagi satu filem berjudul Malbatt: Misi Bakara difahamkan bakal ditayangkan di pawagam semasa Hari Kebangsaan pada tahun hadapan.

Advertisement

Biarpun ramai yang tidak sabar untuk menontonnya, ada juga segelintir yang kurang senang dengan filem arahan Adrian Teh itu apabila melihat pelakon, Hairul Azreen bakal membintangi filem terbabit.

Isu ini berbangkit apabila pengulas filem, Zhaflog membuat ciapan di Twitter memberitahu berkenaan filem yang telah menghabiskan kos pengambaran sebanyak RM20 juta itu.

Apabila meninjau di ruangan komen ciapan berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘muak’ melihat wajah Hairul Azreen sekali lagi membintangi filem yang berkaitan dengan baju beruniform.

komen netizen

komen netizen

Malah, netizen turut berkata pengarah sepatutnya membuka peluang kepada pelakon lain untuk membintangi filem seperti itu dan memberi nafas baru, bukannya mengulangi pelakon yang sama setiap kali membuat filem berkaitan dengan askar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ujian Akhir Zaman" - Menangis Dalam 'Live', Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...