Pelakon Jangan Mengeluh Skrip Tak Bagus, Ubah Cara Berlakon- Shukri Yahaya

Hiburan

Pelakon Jangan Mengeluh Skrip Tak Bagus, Ubah Cara Berlakon- Shukri Yahaya

Sebut sahaja nama Shukri Yahaya pastinya ramai yang meminati beliau bukan? Shukri boleh dikatakan sebagai aktor yang versatil dan mempunyai karismanya tersendiri. Namun, Shukri masih belum lagi mendapat watak yang betul-betul mencabar dan menyerlahkan lagi bakatnya, beliau kerap melakonkan watak utama dalam drama Melayu yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Advertisement

Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak pernah mengeluh apabila mendapat tawaran skrip dengan jalan cerita yang sama. Apa yang penting adalah permintaan penonton dan beliau akan mencuba untuk membuat yang terbaik.

Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kita sebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen. Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja.  Memang kalau ikutkan kebanyakkan drama jalan cerita yang sama. Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri.

Buat Shukri, walaupun watak yang diterima itu sama, pelakon sebenarnya boleh sahaja mengolahnya untuk menjadi lebih baik dan menampilkan kelainan agar penonton tidak rasa bosan.

Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai. Walaupun skrip yang sama, apa yang berbezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut. Itu yang kita kena buat supaya penonton nampak kelainan pada watak itu.

Terdahulu, pelakon Aiman Hakim Ridza ada meluahkan kekecewaan dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti serta mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berkisahkan cinta. Malah, Aiman ada mengeluarkan kenyataan agak panas dimana beliau melabelkan skrip drama sekarang seperti ‘sampah’.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...