April 3rd, 2018

Tidak pernah dengar sebarang berita ataupun hendak terlalu berbangga, siapa sangka pelakon Fouziah Gous sebenarnya sudah bergelar Datin.

Berita itu mula diperkatakan apabila Fouziah menerusi Insta Stories di Instagramnya memuat naik keratan akhbar dan juga beberapa momen gembira ketika suaminya Zhaf Yusof menerima beberapa anugerah pencapain terbaik sebagai “wealth advisor”.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah status suaminya yang kini bergelar Datuk.

Ramai yang memuji sikap rendah diri Fouziah yang tidak pernah menunjuk-nunjuk dengan status beliau sekarang.

Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah dan suami atas gelaran Datuk yang diterima. Ramai juga usahawan muda yang menerima gelaran tersebut sekarang kan?


44 responses to “Pelakon Fouziah Gous Kini Bergelar Datin?”

  1. Datuk mana dia ni? says:

    Kahwin artis kecoh! Kalau boleh kat tv tu bak tunjuk muka laki bini. Gambar atas katil pun nak tunjuk. Dapat award merata semua tunjuk. Dapat datuk takkan nak sorok pulak? Pelikkan? Dapat datuk dari negeri mana ni? Ceciter sikit… makcik bawang nak tau jugak. Sebab dia selalu tunjuk kehidupan dia, tapi tang datuk tu tak tau petik dari mana. Jangan tipu jugak sudah lah

  2. Lokman Hakim says:

    Tahniah…dapat gelaran dato seiring dengan pencapaian yg kita lakukan…

  3. anonymous says:

    ni business scam duit org,org terlebih kaya boleh la bagi duit invest memang confirm tak untung yg kaya yg urusetia invest client tunggu la duit jatuh dari langit ,hairan zaman sekarang ada lagi rakyat percaya benda mengarut ni!

  4. anon says:

    Heran sngt ke dgn title datuk2 ni, dah berlambak2 sngt, dah tak ekslusif, so takyahlah nak bangga sangat

    • Anonymous says:

      Yg berlambak tu dato Indon atau Dato Tarok2.. mcm suami Maria Farida.. mana ada Dato.. tapi letak Dato..

  5. wezzy says:

    FG Gold digger dari dulu.

Loading...