Pelakon Dynas Mokhtar Tamatkan Zaman Janda 21 April Depan

Hiburan

Pelakon Dynas Mokhtar Tamatkan Zaman Janda 21 April Depan

Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua, Dynas Mokhtar mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman jandanya dengan cinta hatinya, Shazrik Din pada 21 April depan. Majlis akad nikah bakal berlangsung di kediaman ibu Dynas yang terletak di Shah Alam.

Advertisement

Dynas akui beliau merasa gementar menantikan hari bahagianya itu begitu juga dengan Shazrik yang belum pernah berkahwin.

Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia.

Sebelum ini Dynas pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Hafiz Hafizy pada 15 Mac 2008 dan bercerai pada 25 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, Dynas dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Tahniah kami ucapkan kepada Dynas dan Shazrik, semoga perkahwinan kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...