Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu Tapi Berlagak – Boy Iman

Hiburan

Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu Tapi Berlagak – Boy Iman

Nama Boy Iman satu ketika dahulu dikenali sebagai pelakon yang popular menerusi trend telefilem versi VCD, Blok 404. Walaupun beliau sudah lama tidak berlakon Boy masih lagi mengikuti perkembangan terbaru dunia lakonan.

Advertisement

Baru-baru ini, Boy ada mengimbas kembali kenangan ketika beliau dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dan berkongsi memori itu di akaun Instagramnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengkritik sikap segelintir pelakon baru yang dikatakan berlagak sombong dan tidak menghormati artis senior. Berlakon pula agak ‘kayu’ dan sepatutnya mempelajari ilmu lakonan dengan baik.  Biarlah popular kerana kerja yang berkualiti berbanding dikenali hanya berdasarkan jumlah pengikut di media sosial sahaja.

Dalam pada itu, Boy sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menyokong dan membencinya sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...