Pekin Ibrahim Dan Uqasha Senrose Sudah Kembali Bersama?

Hiburan

Pekin Ibrahim Dan Uqasha Senrose Sudah Kembali Bersama?

Baru sahaja semalam kami menyiarkan artikel pelakon Uqasha Senrose tengah hangat bercinta dengan Hefny Sahad, siap ada foto-foto mesra mereka. Hari ini, kami agak terkejut membaca berita Miss K di portal Astro Gempak  dimana ada khabar angin mengatakan Uqasha sudah kembali bersama dengan bekas tunangnya Pekin Ibrahim.

Advertisement

Miss K tahu ramai yang terkejut dengan cerita yang akan Miss K sampaikan ni. Mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke Pekin dan Uqasha Senrose kembali bersama? Mungkin ada yang akan kata “tak mungkinlah…kan ke Uqasha Senrose tengah hangat bercinta dengan pengacara dan pelakon kacak, Hefny Sahad?”

Ratasya tu kawan Miss K yang suka benar ambil tahu perkembangan terkini artis-artis Malaysia. Kata Ratasya, dia dapat cerita yang Pekin dan bekas kekasihnya akan bertemu di Taiping dalam dua tiga hari mendatang ni..Untuk apa dan kenapa tidak pula si Ratasya ni beritahu kepada Miss K!

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui, Uqasha kini sedang rapat dengan Hefny dan Pekin juga sebelum ini pernah memberitahu beliau sedang bercinta dengan seorang model yang berasal daripada London,United Kingdom. Malah, Pekin dan model tersebut rancang mahu bernikah pada tahun ini. Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkembangan berita ini ataupun kenyataan daripada Uqasha dan Pekin.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...