Sedang menikmati percutian bersama, foto kandid Pekin Ibrahim sedang memegang perut isteri tercinta, Mona Allen menarik perhatian ramai.
Kapsyen di foto berkenaan juga seakan memberikan sesuatu bayangan. Ramai pula yang meneka mungkin juga Mona sudah berbadan dua.
Sejak semalam, ruangan komen di foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Bagaimanapun, setakat ini Pekin dan Mona belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun, jika berita ini benar kami ucapkan tahniah kepada mereka dan semoga segalanya dipermudahkan.
Pasangan ini berkahwin pada Disember tahun lalu dalam sebua majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.