Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Carl Samsudin

Berita

Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Carl Samsudin

Bermula di Twitter, telah tersebar video menunjukkan usahawan lelaki dikenali sebagai Carl Samsudin dilihat menggunakan nada yang kurang sesuai bila bercakap dengan seorang warga emas dalam satu program. Ini juga telah membuatkan banyak pihak tidak puas hati dan berasa geram kerana sikapnya yang biadap.

IG Story Carl Samsudin
3 years ago

Langgar SOP, 'Instafamous' Biadap Dengan Warga Emas Dikompaun

Advertisement

Pihak polis turut telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka di tempat awam.

 

Bagaimanapun, Carl Samsudin dalam Instagram miliknya hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Turut mengesahkan dirinya telah dipanggil PDRM untuk ke IPD Dang Wangi.

Dia juga dikatakan tidak berniat untuk bersikap biadap kerana tujuan hidupnya hanyalah ingin membantu.

“Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Tidak pernah terlintas diminda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka pernah susah.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE PRESIDENT ? (@carlsamsudin)

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk”.

Ini pula apa yang dikatakan Emma Syakira, peguam kepada Carl yang menjelaskan perkara sebenar kepada Mstar. Difahamkan ada pihak menyebarkan rakaman video pendek yang bertujuan hanya ingin memburukkan anak guamannya.

“Dia bukan herdik tetapi memberi semangat. Ingin beritahu orang bahawa Carl tak beradap, kurang ajar herdik orang tua, walhal itu tidak benar. Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang tu’ sampaikan dengan cara sebegitu.”

20 orang gelandangan yang hadir juga dikatakan sudah disaring dan mereka terpilih kerana benar-benar mahu mengubah hidup. Oleh itu, Carl dijemput untuk memberi motivasi dengan tajuk ‘Ubah Hidup’.

Beri motivasi memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan nak kongsi pengalaman hidup. – Jelasnya lagi.

Pihaknya turut dikatakan telah mengenal pasti mereka yang menyebarkan fitnah dan telah membuat laporan polis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...