Pecah Stereotaip, Ibu 6 Anak Tekad Warisi Perniagaan Makanan Keluarga

Kehidupan

Pecah Stereotaip, Ibu 6 Anak Tekad Warisi Perniagaan Makanan Keluarga

Menguruskan bisnes makanan bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi perniagaan warisan keluarga. Namun, semua itu tidak menjadi halangan buat ibu 6 anak, Norziana Ahmad.

Perniagaan yang mula beroperasi secara kecil-kecilan sejak tahun 1985 di sebuah gerai kecil mula berkembang dan mendapat lokasi kekal di Medan Selera, Seksyen 14 pada awal tahun 90-an.

Advertisement

Menurut Norziana, beliau mewarisi perniagaan makanan itu daripada ibunya Samelia Mohd Isa selepas bersara dan melihat potensi besar perniagaan itu.

“Kami telah pun mempunyai pelanggan setia, Saya melihat ini peluang terbaik untuk menceburi bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan wanita”

Pandemik hampir tutup ‘periuk nasi’ keluarga & pekerja

foodpanda IWD

Walaupun perniagaan yang dikenali sebagai Gerai Cik Norlia telah beroperasi selama hampir 35 tahun, Norziana tidak menyangka pandemik menjadi titik tolak, beliau mengevolusikan perniagaannya.

Jika sebelum ini beliau mengharapkan kehadiran pelanggan ke kedai untuk menjamu selera, prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan telah menyekat ‘kebebasan’ pelanggan yang hanya diberi pilihan untuk membungkus makanan selain waktu perniagaan yang lebih singkat.

Perkara ini jelas menyebabkan perniagaannya terjejas kerana rata-rata pelanggan memilih untuk duduk di rumah dan memasak.

Mempunyai 10 orang pekerja dibawahnya bukanlah satu tugas yang mudah untuk Norziana membuat keputusan. Beliau tidak sampai hati ingin menamatkan perkhidmatan pekerjanya pada waktu yang sukar.

Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian melalui servis penghantaran makanan popular, foodpanda.

Perniagaan online strategi efektif kekal relevan

Sumber : Star  

“Pandemik membuktikan terdapat banyak cara dan platform yang boleh kita gunakan untuk maju ke hadapan dan kita tidak lagi perlu bergantung kepada cara perniagaan tradisional seperti kedai fizikal”.

Pada mulanya, Norziana tidak begitu yakin memindahkan operasi perniagaan secara dalam talian. Setelah melakukan ‘research’nya sendiri tentang menu, harga dan kaedah pembungkusan, beliau tekad dengan keputusan yang diambil bagi kelangsungan perniagaannya.

Memilih foodpanda sebagai rakan kongsi servis penghantaran makananan, beliau yakin dengan strategi pemasaran efektif yang ditawarkan foodpanda kerana beliau dapat melihat peningkatan dalam pesanan dan ia menjangkaui pelanggan di luar kawasan Petaling Jaya yang jelas lebih menguntungkan.

Beliau turut menyertai semua promosi dan tawaran yang dianjurkan oleh foodpanda bagi menarik lebih ramai pelanggan. Ini jelas langkah yang baik kerana secara tidak langsung ia memberikannya teknik perniagaan baru. 

Menerusi kerjasama ini, ia memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak, pelanggan dapat menikmati penjimatan dan kadar pelanggan yang mengulangi pembelian di Gerai Cik Norlia turut meningkat.

Menerusi aplikasi foodpanda juga, pelanggan bebas memilih kaedah sama ada “pick-up” atau penghantaran makanan mengikut kesesuaian mereka.

Jaga kualiti makanan supaya pelanggan tak ‘lari’

FP IWD

Jelas Norziana, cabaran utama mengendalikan perniagaan online adalah untuk memastikan kualiti makanan yang ditawarkan terjaga. Jadi beliau sentiasa peka dengan kualiti dan bahan yang digunakan untuk penyediaan makanan.

Antara menu yang ditawarkan di kedainya adalah seperti nasi lemak, lontong dan nasi campur dengan lauk seperti ayam goreng berempah, sambal sotong kering, rendang daging, limpa, asam pedas, tempoyak ikan patin dan daging salai masak lemak cili api.

Selain itu dia, turut menjual daging dendeng dengan resipi warisan keluarga yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru

“Saya bersyukur kerana saya dapat meneruskan legasi ibu saya. Saya juga percaya bahawa tiada siapa yang patut meragui keupayaan seorang wanita”.

Sterotaip wanita tidak dilahirkan sebagai usahawan harus ditangkis, sifat positif dan optimis Norziana seharusnya menjadi semangat untuk lebih ramai usahawan wanita untuk lebih berani untuk keluar daripada kelompok selesa.

Norziana percaya segalanya tidak mustahil andai kita bekerja keras dan berusaha. Sebagai peniaga, beliau menasihati supaya kekal jujur dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan.

Tambah beliau lagi, jangan terlalu selesa dengan keadaan semasa, peniaga seharusnya merancang perniagaan untuk jangka pendek dan panjang dan yakin dan percaya dengan semua keputusan yang telah dibuat.

Beliau yakin segalanya akan menjadi lebih baik jika bekerja keras dan berusaha. Selebihnya, perlu percaya kepada Tuhan dan semuanya akan berjalan dengan lancar. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...