Pecah Belahkan Keluarga Arwah Abam, Ali Puteh Minta Aliff Syukri Bertaubat

Hiburan

Pecah Belahkan Keluarga Arwah Abam, Ali Puteh Minta Aliff Syukri Bertaubat

Sejak beberapa hari lalu, kecoh isu mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dan dikatakan bertanyakan soalan sensitif berkaitan harta peninggalan arwah. Apa yang dilakukannya itu dianggap tiada adab dan secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi antara Hidayah dan keluarga Abam.

ali puteh aliff syukri

Advertisement

Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Ali Puteh mengakui dia sangat terguris dengan tindakan usahawan kosmetik itu menjadikan waktu pilu dihadapi keluarganya sebagai kesempatan untuk meraih keuntungan. Terasa dipergunakan oleh Aliff yang cuba untuk meraih publisiti bagi melariskan saluran YouTube miliknya

Dia memohon agar Aliff bertaubat kerana secara tidak langsung sudah memecah belahkan silaturahim keluarga kedua pihak yang kini menjadi cemuhan masyarakat.

Mana adab dia sebagai seorang Islam. Sepatutnya soalan itu perlu minta persetujuan kedua-dua belah keluarga. Nak beri sumbangan, saya bersyukur sangat. Tapi bila dengar soalan itu, cuba bayangkan perasaan ibu saya.

Kepada Aliff Syukri yang sangat hebat, bertaubat lah, pintu taubat sentiasa terbuka. Jangan pecahkan silaturahim keluarga. Dimana adab kamu kepada keluarga yang kamu pecah belahkan.

ali puteh aliff syukri taubatKami tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi hanya meluahkan pendapat secara umum. Memang tidak salah untuk memberikan sumbangan serta melakukan kebajikan tetapi biarlah dengan cara yang betul agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...