Pavithra Muat Naik Video Baru, Netizen Hairan Sudah Tiada Sesi Makan-Makan Bersama Suami

Hiburan

Pavithra Muat Naik Video Baru, Netizen Hairan Sudah Tiada Sesi Makan-Makan Bersama Suami

Selepas dihimpit dengan masalah diserang suami sehingga kes tersebut di bawa ke mahkamah, YouTuber tempatan popular iaitu Pavithra nampaknya tekad untuk memulakan kehidupan yang baru.

sugu pavithra tak mahu ada kaitan lagi dengan youtube

Advertisement

Walaupun sudah mempunyai hampir 800 ribu langganan, namun suaminya iaitu Sugu telah memadam kesemua video masakan milik mereka dengan alasan untuk menjauhkan diri daripada perhatian ramai selepas insiden tersebut.

Pun begitu, Pavithra kemudiannya menjanjikan permulaan baru di saluran YouTube tersebut dan janji itu dikotakan apabila dia telah memuat naik satu video baru kelmarin dengan tajuk ‘Dalca Tulang Kambing’.

Yang menariknya, video berdurasi 6 minit 14 saat itu hanya menyaksikan Pavithra seorang diri menyiapkan juadah tersebut. Tidak seperti sebelum ini di mana dia pasti akan ditemani suaminya selain mereka akan makan bersama setelah habis memasak.

Perkara itu juga menjadi perbualan netizen, apabila kelibat Sugu langsung tidak kelihatan dalam video pertama yang dimuat naik ke saluran tersebut selepas ia ditinggalkan kosong beberapa hari lepas.

tiada sugu dalam video baru pavithra tiada sugu dalam video baru pavithra tiada sugu dalam video baru pavithra tiada sugu dalam video baru pavithra tiada sugu dalam video baru pavithra tiada sugu dalam video baru pavithra

Selepas memuat naik video baru tersebut, kebanyakan netizen meninggalkan komen positif buat Pavithra dan meminta agar dia terus memuat naik pelbagai lagi video masakan lain. Bahkan ramai yang meluahkan rasa rindu apabila dia bertindak menghilangkan diri buat seketika waktu baru-baru ini.

Meskipun ada yang bertanya mengenai suaminya yang sudah lagi tidak kelihatan, mungkin juga Sugu lebih selesa berada di belakang kamera kini. Apa pun, semoga Pavithra terus memikat hati rakyat Malaysia dengan video masakannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...