Pasaraya Rosyam Nor Diboikot Kerana Isu Politik?

Hiburan

Pasaraya Rosyam Nor Diboikot Kerana Isu Politik?

Beberapa hari lalu, kejayaan pelakon Datuk Rosyam Nor menjadi selebriti pertama membuka pasaraya 24 jam mendapat pujian ramai.

Advertisement

Namun, ada pula pihak yang ingin memboikot pasaraya tersebut gara-gara pelakon itu menyatakan pendirian politiknya sebelum ini. Isu berkenaan mendapat perhatian netizen yang agak kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat Melayu yang mindanya kurang terbuka sehingga sanggup mengugut untuk boikot usahawan bumiputera.

Bagaimanapun, Rosyam sedikit pun tidak memandang negatif dengan apa yang berlaku malah perniagaan beliau itu tetap berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat.

Alhamdulillah di bulan Ramadan ini saya mendapat banyak rezeki pahala yang orang bagi secara percuma.

Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya. Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja,  orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu.

Dalam berniaga pasti akan ada cabarannya, tetapi jangan pernah putus asa dan terlalu tertekan dengan percakapan orang.

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...