Pasang Dua ‘Bodyguard’, Nora Danish Minta Peminat Jangan Takut Mendekatinya

Hiburan

Pasang Dua ‘Bodyguard’, Nora Danish Minta Peminat Jangan Takut Mendekatinya

Suami mana yang tidak sayangkan isterinya, begitulah juga dengan suami pelakon Nora Danish yang mengupah dua orang pengawal peribadi untuk mengawal keselamatan isteri tercinta.

Advertisement

Nora sedikit pun tidak mahu berlagak ‘diva’ seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, beliau sendiri mengakui agak tidak selesa apabila pergerakannya sentiasa diawasi oleh pengawal peribadi.

Namun, beliau seorang yang pelupa dan kadang kala tidak begitu pandai menjaga diri dan akur ia juga salah satu cara suaminya mengambil berat terhadap dirinya.

Sejujurnya saya memang tak selesa langsung dengan mereka. Kadang-kadang saya suruh mereka ke belakang sikit dan tunggu sahaja dalam kereta. Saya dah biasa tidak memiliki pengawal peribadi. Kalau di lokasi ramai krew yang menjaga. Tapi mungkin Nedim terlalu banyak berfikir sehingga dia bimbang bila saya keluar sendiri.

Nadim seorang yang sangat ‘protective’. Saya tak pernah ada bodyguard sebelum ini tapi sejak saya berkahwin dengannya, dia beritahu nak gajikan pengawal untuk teman kerana dia bimbangkan keselamatan saya. Sekarang ini macam-macam perkara berlaku. Rogol, simbah asid, mencuri, itu yang menjadi kebimbangan Nedim. Saya pula jenis yang tak pandai jaga diri.

Pada masa yang sama, Nora juga akui ada peminat yang takut menghampirinya.  Bagaimanapun, Nora menjelaskan peminat tidak perlu takut hendak menegur dirinya dan boleh sahaja bergambar dengannya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...