‘Papa’ Megah Holding Main TikTok, Mustapha Kamal Cuit Hati Peminat

Hiburan

‘Papa’ Megah Holding Main TikTok, Mustapha Kamal Cuit Hati Peminat

Pelakon senior, Mustapha Kamal sering saja dikaitkan dengan watak ‘orang kaya’ ataupun ahli perniagaan yang berjaya.

Sebut saja namanya, pasti terpalit nama ‘papa’ dan memiliki syarikat bernilai jutaan ringgit.

Advertisement

zizi kirana
3 years ago

"Sekarang Manja Seperti Kucing.." Zizi Kirana Akui Terpikat Sikap Matang Yusuf Bahrin

Nampaknya ‘papa’ Mustapha Kamal telah mencuri perhatian apabila dia dilaporkan mempunyai akaun TikToknya sendiri.

Mungkin ingin lebih dekat dengan peminat yang lebih muda, Mustapha dalam hantaran video terbaru ada memaparkan dirinya sedang menjalani sebuah penggambaran di lokasi mewah.

Namun yang lebih mencuit hati adalah kapsyen video tersebut yang ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kamu masih belum cukup pengalaman untuk ambil alih Megah Holdings dan jika masih suka berfoya-foya serta tidak serius dengan bisnes. Tidak akan sesekali berlaku.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat yang terhibur dengan sikap berseloroh Mustapha malah ada yang mengambil ‘mood’ menjadi anak ‘papa’ seperti dalam drama televisyen.

@mustaphakamaalKamu maseh belum cukup pengalaman untuk take over MEGAH HOLDINGSS… dan jika kamu maseh suka berpoya poya dan tidak serious dgn business .. no wayyy.? Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

“Apa-apa sahajalah papa, janji saya dapat minum jus oren pada waktu pagi.” tulis seorang netizen.

“Ramainya anak papa dalam ruangan komen. Papa itu papa ini..” sahut seorang lagi pengguna TikTok.

Akaun TikTok Mustapha Kamal itu nampaknya telah meraih hampir 51.2k pengikut sehingga ke hari ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...