Pakar Mendapati Bahawa ‘Covid Toes’ Kemungkinan Boleh Menjadi Simptom Baharu COVID-19

COVID-19

Pakar Mendapati Bahawa ‘Covid Toes’ Kemungkinan Boleh Menjadi Simptom Baharu COVID-19

Umum mempercayai bahawa jangkitan COVID-19 akan menunjukkan simptom dan gejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, dan kesukaran untuk bernafas.

Namun, perkara tersebut masih meninggalkan tanda tanya orang ramai apabila ada juga pesakit yang dijangkiti tidak mengalami sebarang simptom dan gejala seperti yang disebutkan.

Advertisement

2 years lalu

69 Peratus Pesakit COVID-19 Di India Tidak Mengalami Simptom

Berkenaan perkara itu, sekumpulan doktor baru-baru ini dikatakan telah menemui simptom baharu berkaitan dengan COVID-19 dengan mengelarnya sebagai ‘Covid Toes’.

Untuk pengetahuan, pada masa ini ‘Covid Toes’ hanya dapat dikesan di beberapa kawasan dengan jumlah pesakit COVID-19 yang tinggi seperti di Itali.

Apa itu ‘Covid Toes’?

Covid toes

Advertisement

Difahamkan, ‘Covid Toes’ merupakan radang dingin atau frostbite yang kelihatan sama dengan luka yang diterima oleh seseorang akibat cuaca sejuk. Kebiasaanya, kesan ini hanya terdapat dalam kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan musim sejuk tebal seperti di kutub dan sub-kutub sahaja.

Turut dijelaskan bahawa kesan itu disebabkan oleh saluran darah pada jari kaki yang mengalami keradangan, seterusnya cenderung berlakunya kekejangan yang serius.

‘Covid Toes’ boleh menyebabkan perubahan warna pada organ dalam badan.

Gambar hiasan

Pada Mac lalu, beberapa pakar dermatologi di Itali telah menemui kesan lebam di buku lali serta kaki pada salah seorang pesakit COVID-19 dan mendapati bahawa telah berlaku perubahan warna di bahagian organ pesakit tersebut.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini seorang pesakit COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) juga dikatakan turut mengalami kesan lebam yang sama.

Menurut pakar-pakar dermatologi di Eropah dan AS kesan lebam yang dikhabarkan itu berkemungkinan berpotensi menjadi simptom baharu kepada wabak tersebut sehingga boleh membawa maut lebih-lebih lagi jika ia menjangkiti kanak-kanak dan remaja.

Kini, Akademi Dermatologi AS mengesyorkan ujian COVID-19 turut dilakukan ke atas kanak-kanak yang mengalami simptom tersebut dan menyemak semula jumlah kematian serta sejarah kes pesakit sebelum ini.

Susulan perkara itu, agensi kesihatan di seluruh dunia kini ditegaskan untuk mengenal pasti pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan gejala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...