“Pakaian Macam K*fir”- ‘Upload’ Gambar Terbaru Di IG, Ain Husniza Dikecam & Terima Ugutan Rogol

Kehidupan

“Pakaian Macam K*fir”- ‘Upload’ Gambar Terbaru Di IG, Ain Husniza Dikecam & Terima Ugutan Rogol

Nama anak gadis Ain Husniza Saiful Nizam memang tidak asing lagi dalam kalangan netizen berikutan pendedahannya mengenai gejala gurauan keterlaluan dan lucah oleh gurunya suatu ketika dahulu.

Selepas kesnya menjadi tular, segala aktiviti dan tindakan Ain Husniza sering diperhatikan dan menjadi bahan bualan netizen.

Advertisement

Terbaru, Ain Husniza seperti remaja lain, ada memuat naik foto terbaru di laman Instagram peribadi miliknya dan tidak menjangkakan respon yang diberikan oleh pengikut media sosialnya itu.

Dalam hantaran tersebut, Ain telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia memakai gaun hitam dan terlihat sedikit dewasa berbanding sewaktu dirinya masih berada di bangku sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Ain yang sudah dewasa serta dia juga sudah tamat pendidikan di peringkat SPM.

Namun begitu, di Instagram Story, Ain mendedahkan bahawa dia turut menerima ugutan rogol selain kecaman setelah memuat naik foto-foto berkenaan.

Ain HusnizaSumber : Instagram  
Ain HusnizaSumber : Instagram  

Dia juga turut menunjukkan tangkap layar ugutan yang diterimanya di Instagram Story.

Ain dilihat telah meluahkan perasaan kesal akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah orang di media sosial dan berharap wanita di luar sana sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan sekali pun.

ain husniza dapat keputusan cemerlang
2 years ago

"Nak Dapat Straight F Ke?" - Netizen Doa Gagal SPM, Ain Husniza Buktikan Dapat Keputusan Cemerlang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...