Pakai Tudung Singkat, Fouziah Gous Dikritik Netizen

Hiburan

Pakai Tudung Singkat, Fouziah Gous Dikritik Netizen

Umum mengetahui pelakon jelita Fouziah Gous kini sudah berhijab sepenuhnya selepas beliau pulang dari menunaikan ibadah haji Ogos lalu. Perubahan beliau itu menjadi perhatian ramai sehingga kini apatah lagi Fouziah kelihatan lebih cantik dan manis.

Advertisement

Namun, foto beliau memakai tudung singkat bersama T-Shirt putih dan berseluar jeans mendapat komen negatif daripada  netizen yang menganggap penampilan beliau itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah dan bergelar hajah. Bagaimanapun foto itu sudah dipadam daripada akaun Instagramnya.

Menerusi Insta Storiesnya pula, Fouziah berkata tidak adil untuk netizen terus menghukum dan mengkritik dirinya. Beliau sedang mencuba untuk menjaga penampilannya dan menjadi seorang manusia yang lebih baik.

Fouziah turut menjelaskan, ada kalanya faktor cahaya dan gaya beliau ketika bergambar secara tidak langsung memberikan gambaran ataupun memperlihatkan bahagian ketat.

Untuk melakukan perubahan memang akan ada dugaan dan cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti, pasti semuanya akan dipersoalkan oleh netizen. Namun, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Kepada Fouziah, pedulikan sahaja segala komen-komen negatif dan terus beristiqamah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...