Written by Bella | May 14th, 2019

Hadir ke pesta jualan popular Mood Republik di Kelantan dengan berpakaian seperti wanita lengkap bertudung, usahawan kosmetik Nur Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Rata-rata netizen mengecam penampilan Sajat itu seakan mempermainkan agama dan langsung tidak menghormati bulan Ramadhan. Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. Amanah mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat. Mereka juga mendesak PAS supaya menghalang Sajat datang ke Kelantan lagi.

Tindakan itu harus dibuat kerana apa yang dilakukan oleh Sajat jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri Kelantan begitu lantang menolak LGBT tetapi  dalam isu Sajat tiada sebarang tindakan tegas diambil.

Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan ‘gam’ usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini. Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun bila melihat isu Nur Sajat tiada sebarang tindakan diambil.

Mungkin tindakan ini wajar diambil bagi membanteras golongan LGBT ini. Apa pula  komen anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : Sinar Harian

34 responses to Pakai Tudung Di Kelantan, Sajat Bakal Digam Kerajaan Negeri?

  1. miss_Oppssssssssss says:

    “HAPPY HOUR… 1 BARANG 100…”… jual 10 pun xnak sbb xda kelulusan KKM…..

    and to abg bodyguard, amboi, beria nau iring cover Sajat… Dont wori la bang… Kalau ada org serang dia, silap2 kudrat Sajat tu lagi kuat dari abang bodyguard tuh…

  2. joe says:

    perempuan juga yg support brg2 dia…siap panggil “sis” kepala tungkik

  3. HIGH VOLTAGE!! SAJAT DETECTED AS A TRANSGENDER!!