Pakai Tudung, Beri Saya Masa – Fasha Sandha

Hiburan

Pakai Tudung, Beri Saya Masa – Fasha Sandha

Penampilan Fasha Sandha yang dilihat berhijab sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan lalu menarik perhatian ramai peminat. Mereka turut berharap agar Fasha kekal dengan imej itu.

Advertisement

Bagaimanapun, Fasha menjelaskan dia belum bersedia dan masih dalam proses belajar memakai tudung. Minta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Ramai yang suka melihat saya bertudung pada Ramadan lalu dan mengharapkan saya kekal berhijab. Saya sangat menghargai harapan dan doa mereka.

Buat masa ini, saya masih lagi belajar dan beri saya masa kerana banyak yang perlu diperbaiki. Secara jujur, saya bimbang untuk bercerita mengenai soal tudung kerana takut disalah erti. Namun, saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Doakan saya,

Tambah Fasha, suaminya  Aidil Aziz juga tidak pernah mendesaknya untuk  memakai tudung.

Aidil tidak memaksa atau mendesak, malah dia memberikan saya kebebasan kerana tahu apa yang terbaik untuk saya. Aidil memberikan ruang untuk saya belajar dan berubah perlahan-lahan.

Doakan yang baik-baik untuk Fasha agar satu hari nanti dia akan terbuka hati untuk kekal berhijab. Biarlah perubahan itu dilakukan tanpa paksaan dan lahir dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...