Pakai Hanya Selama Satu Jam, Busana Perkahwinan Elfira Loy Ini Cecah RM30,000

Hiburan

Pakai Hanya Selama Satu Jam, Busana Perkahwinan Elfira Loy Ini Cecah RM30,000

Pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar terus menjadi perhatian ramai apabila meraikan lagi perkahwinan mereka dalam sebuah majliis resepsi sebelah lelaki yang serba mewah pada hujung minggu lalu.

Advertisement

Mengenakan busana konsep tradisional berwarna ungu, ramai yang terpesona melihat kecantikan baju perkahwinan tersebut walaupun Elfira memakainya selama sejam sahaja.

Hasil rekaan eksklusif, Rico Rinaldi, pereka fesyen itu memberitahu beliau mengambil masa selama 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut. Menariknya, busana itu menggunakan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.

Saya teruja apabila El (Elfira) mahukan saya untuk menyiapkan baju resepsi sebelah pihak lelaki dan dia menyerahkan sepasang kain songket Palembang pemberian ibu mertuanya kepada saya. Pada mulanya saya mereka busana itu berkonsepkan kostum tradisional Thailand, namun oleh kerana bidang kain tidak mencukupi saya terpaksa menukar rekaan itu.

Jadi, saya terjemahkan kain songket Palembang itu dalam konsep tradisional kontemporari dan mengangkat elemen Jawa. Songket Palembang dijadikan aksesori luaran sebagai samping dan selendang.

Aksesori sanggul lintang serta bunga tangan emas membuatkan Elfira tampak mewah, manakala penggunaan bunga melur menambah lagi elemen Jawa dalam rekaan tersebut.

Bukan itu sahaja, sebanyak 50,000 biji manik termasuk daripada jenama Swarovski digunakan untuk menyiapkan busana Elfira. Selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan persalinan tersebut yang harganya mencecah RM30,000.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Black Pepper Production

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...