‘Paid Review’ Berbayar Tunjuk Aset Wanita, Azwan Kombos Kata Waktu Sekarang Dah Tak Boleh Memilih Rezeki

Hiburan

‘Paid Review’ Berbayar Tunjuk Aset Wanita, Azwan Kombos Kata Waktu Sekarang Dah Tak Boleh Memilih Rezeki

Pelakon Azwan Kombos baru-baru ini ada memuat naik sebuah video iklan berbayar yang memaparkan wanita seksi menerusi akaun Instagramnya, difahamkan dibayar untuk tujuan pengiklanan.

Azwan KombosSumber : Instagram Azwan Kombos  

Ternyata tindakan tersebut telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kurang senang di kalangan segelintir pengikut media sosialnya.

Advertisement

Namun, tidak berdiam diri, Azwan tampil menjawab kritikan tersebut dan berkata bahawa dia hanya menjalankan tugas seperti yang diminta pelanggan selepas menerima bayaran.

Tambahnya lagi, dalam keadaan pendapatan tidak menentu sekarang ini, dia tidak boleh memilih dan memilih untuk membuka slot iklan di media sosial miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos)

“Saya tahu iklan itu tak sesuai, sebelum ini tak pernah pun bagi slot untuk iklan macam tu tapi disebabkan keadaan sekarang ini pendapatan tak menentu dengan komitmen yang perlu ditanggung, jadi saya perlu cari inisiatif dan membuka slot review di media sosial. Ya betul saya sebelum ini memilih, tapi sekarang dah tak boleh memilih sangat.”

Ujar pelakon filem Nasi Tangas ini lagi, dia hanya perlu memuat naik iklan yang diberikan klien ke ruangan Instagramnya dan merasakan tidak mengapa kerana video tersebut tidak menampilkan dirinya sendiri dan juga isterinya yang juga pelakon, Ezzaty Abdullah.

Terdahulu, Azwan telah berkongsikan sebuah video iklan menampilan produk khusus untuk wanita yang memaparkan seorang wanita menari sambil memaparkan sebahagian payu dara.

View this post on Instagram

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos)

Netizen yang melihat video tersebut tampil memberi kritikan kerana merasakan isi kandungannya yang lucah dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum. Malah, ada juga yang menyangka akaun Instagram bapa kepada seorang anak ini telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Azwan dalam pada itu turut memohon maaf jika iklan yang dimuat naik itu ada menyinggung hati mana-mana pihak. Dia walau bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut tidak lama kemudian.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan tersebut. Saya cuma siarkan sahaja dan dapat bayaran. Terpulang pada saya nak biarkan berapa lama video itu di Instagram saya, mereka tak ada bagi tempoh waktu pun. Malah saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut akan dapat komisen.”- Azwan Kombos

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...