Padam Foto Suami, Natasha Hudson Beri Bayangan Bercerai Kali Keempat?

Hiburan

Padam Foto Suami, Natasha Hudson Beri Bayangan Bercerai Kali Keempat?

Rumah tangga pelakon Natasha Hudson sekali lagi bergolak dan menjadi tanda tanya netizen selepas dia seakan memberi bayangan sudah berpisah serta telah memadam semua foto suaminya di akaun Instagram.

natasha hudson sudah bercerai kali keempat

Advertisement

Natasha menerusi Instagram Stories juga menjawab pertanyaan dari pengikutnya yang bertanya mengenai bagaimana cara untuk menghadapi masalah suami curang. Kata-katanya begitu mendalam maksudnya, Natasha menasihati para isteri yang sedang berada di situasi tersebut untuk mencari kebahagiaan sendiri seperti mana yang dia telah lakukan.

natasha hudson cerai

Bukan itu sahaja, Natasha juga meluahkan perasaannya dengan memberitahu dia sering mendapat sesuatu yang tidak kekal dan belum lagi tiba masa untuk menerima kehadiran seorang yang setia dalam hidupnya.

natasha hudson

Natasha mendirikan rumah tangga dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq, pada Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan keempatnya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu juga, Natasha mengejutkan ramai apabila dia mengaku sudah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 2012. Hasil perkahwinan ketiganya itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada 2007.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...