“Otak Tu Biar Terbuka Sikit” – Guna Tali ‘Anti-Lost’ Pada Anak, Wanita Kecewa Ada Yang Kata Macam Bawa Anjing

Kehidupan

“Otak Tu Biar Terbuka Sikit” – Guna Tali ‘Anti-Lost’ Pada Anak, Wanita Kecewa Ada Yang Kata Macam Bawa Anjing

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nira Raisya yang meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu.

Menerusi video tersebut, Nira memohon orang ramai agar tidak berfikiran cetek apabila melihat ibu bapa yang membawa anak kecil dengan menggunakan tali ‘Anti-Lost Wrist Band Baby Harness’ ketika berjalan-jalan di tempat awam.

Advertisement

Malah, apa yang lebih menyedihkan apabila Nira mendakwa ada sesetengah orang awam yang memandang perbuatan itu sebagai dosa besar kerana dianggap seperti tuan membawa haiwan peliharaan.

Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay?

Jelasnya lagi, kegunaan tali ‘Anti-Lost’ itu bagi mengelakkan anak kecil untuk tidak merayap sendirian dan tidak boleh pergi jauh dari 1KM daripada ibu bapa mereka.

Benda boleh jadi sekelip mata tahu tak? Bayangkan tengah keluar anak korang tiba-tiba hilang dari pandangan tak ke naya?

Tambahnya lagi, tali itu juga memudahkan ibu bapa untuk membeli-belah di tempat awam tanpa perlu merisaukan tentang keberadaan anak mereka.

So senang la nak shopping ke apa, even tengah focus dengan benda lain tapi anak tak boleh lari jauh.

@neeerafeefa

Sekarang ni otak tu bagi terbuka sikit dengan benda baru. Jangan macam orang duduk bawah tempurung okay ? Plus xperlu usha org atas bawah ? aku laa mengstress btl dgn manusia gini #harnessbaby #antiloss #babywalking #firstmom

? DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Dalam pada itu, Nira turut memesan kepada orang awam yang sering memandang serong terhadap ibu bapa yang menggunakan tali ‘Anti-Lost’ pada anak agar memeriksa hati mereka.

Bagi korang yang rasa macam tuan bawa anjing haa check hati hampa semua. Risau ada masalah hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Tak Reti Hormat Orang Baru Meninggal Ke?" - Sanggup Minta Sijil Kematian Adik Kawan, Konon Nak Tipu Kolej Ada 'Emergency'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 22, 2022 at 11:07 am

    1 km. bodoh gila

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...