“Orang Yang Tinggi Agama Lagi Jahil..” – Rita Rudaini Perli Dr Maza Di IG Story

Hiburan

“Orang Yang Tinggi Agama Lagi Jahil..” – Rita Rudaini Perli Dr Maza Di IG Story

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini ada memuat beberapa siri hantaran ‘memerli’ Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza berikutan isu dos penggalak vaksin baru-baru ini.

Tulis Rita, Mufti Perlis itu seolah-olah baru ‘sedar daripada tidur’ kerana ahli keluarganya sendiri dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik setelah disuntik vaksin dos penggalak.

Advertisement

Sehubungan itu, Dr Maza menyarankan agar pemberian dos tambahan vaksin COVID-19 itu ditangguhkan seketika dan dikaji secara menyeluruh sebelum diberikan kepada orang awam.

Bila kena kat keluarga sendiri, pandai pulak nak buka mulut hingaq (bising), selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen & jilat tak sangga (bersungguh-sungguh).

IG Story RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  

 

Tak semestinya orang yang jahil hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah S.W.T.

Dalam hantaran Instagram Story yang lain, Rita turut memuat naik tangkap layar laporan berita yang memaparkan Dr Maza meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguhkan pemberian dos penggalak.

Rita dalam pada itu turut menyindir kenyataan KKM yang memaklumkan terdapat kematian akibat pemberian vaksin di Penjara Kajang.

Katanya, pengambilan suntikan vaksin ini seolah-olah menjadi satu iktibar buat masyarakat, dan bukannya ikhtiar bagi menyelamatkan nyawa akibat pandemik itu.

Rita Rudaini
2 years ago

Isu Dos Tambahan Vaksin, Rita Rudaini Selar Sikap Rakyat Tak 'Kenang' Jasa Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...