Chef Selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila membuat satu pendedahan yang mengejutkan dan cukup berani berkenaan dengan “si polan” yang juga ibu kepada isterinya Datin Azrene Ahmad. ( Kami rasa tentu anda tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Fazley bukan).
Fazley menerusi akaun Instagramnya menyifatkan “si polan” seorang yang berhati syaitan dan mementingkan nafsu semata-mata serta kuasa.
Selepas sah berkahwin dengan Azrene, Fazley akui beliau dan keluarga menerima pelbagai dugaan serta ancaman daripada pihak “si polan” semata-mata untuk menutup periuk nasi dan merosakkan nama baik keluarga mereka.
Rata-rata netizen sangat terkejut dengan luahan Fazley yang sudah lama terbuku dalam hatinya. Sudah bertahun lamanya memendam rasa dan akhirnya segalanya meledak kini. Apa-apa pun, kami mendoakan agar keluarga Fazley mendapat lindungan daripada Allah SWT dan semoga mereka dapat hidup dengan tenang.