“Orang Tambah Anak, Sibuk Nak Tambah” – Netizen Tegur ‘Parents’ Jangan Ikut Nafsu Nak Anak Ramai Sebab…

Kehidupan

“Orang Tambah Anak, Sibuk Nak Tambah” – Netizen Tegur ‘Parents’ Jangan Ikut Nafsu Nak Anak Ramai Sebab…

Perkongsian seorang individu di Facebook tentang isu anak ramai mendapat perhatian ramai netizen di media sosial itu.

Menerusi ‘posting’ dimuat naik Sharon Chong, dia menegur dan memberikan nasihat kepada sesetengah golongan ibu bapa yang ‘tambah’ anak tanpa memikirkan perkara lain.

Advertisement

Menurut pendapatnya, banyak hal perlu dipertimbangkan jika mahu anak yang ramai terutama sekali adalah soal kewangan selain kesihatan mental ibu bapa itu sendiri.

Katanya lagi, meskipun ditekan oleh orang lain yang meminta untuk tambah jumlah anak namun ibu bapa itu sendiri tidak perlu hiraukan hal itu kerana bukan mereka yang menjaga kebajikan anak tersebut.

Sharon juga berkata dia lebih fokuskan kepada menambah simpanan duit untuk kesenangan anak di masa akan datang atau jika sekiranya dia sudah tiada suatu hari nanti.

Mesti mau ada simpanan , mesti mau ada kewangan stabil. Orang lain tau suruh (tambah anak), tau mau judge tapi bukan dorang yang tanggung perbelanjaan kamu. Bukan dorang yang jaga anak kamu kalau nangis-nangis.”

Katanya lagi, rancanglah sebaiknya berapa jumlah anak yang setiap pasangan itu mahukan kerana zaman sudah berubah. Perbelanjaan pada zaman ibu bapa kita sudah tidak sama seperti zaman ketika kita pula menjadi ‘parents’.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat Sharon dan masing-masing sempat meluahkan pendapat mereka juga.

Ada yang kata pada zaman kini sudah tidak relevan untuk guna pakai ayat ‘anak itu rezeki’ kerana ada banyak lagi ‘point’ lagi yang lebih penting dan perlu difikirkan.

Sesetengah netizen turut memberikan komen tentang kepentingan menjaga kesihatan mental selain merancang ekonomi keluarga untuk masa depan yang baik.

Namun ada juga segelintir tidak bersetuju serta berpendapat anak itu pembawa rezeki untuk keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr.
2 years ago

"Macam La Dia Yang Mengandung" - Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...