Orang Penat Study Kau Suruh Mati, Patutlah Tak Mengandung – Fynn Jamal Disindir Netizen

Hiburan

Orang Penat Study Kau Suruh Mati, Patutlah Tak Mengandung – Fynn Jamal Disindir Netizen

Beberapa hari lalu, jawapan pedas Fynn Jamal ketika menjawab soalan daripada peminat menerusi ruagan Ask Me Question di Instagram mengundang rasa amarah dan tidak puas hati netizen apabila memberikan jawapan yang dikatakan ‘kurang ajar’ dan tidak munasabah.

Advertisement

Terdahulu, seorang individu bertanyakan kepada beliau apakah langkah yang sepatutnya dilakukan jika seseorang itu sudah penat belajar. Fynn memberikan saranan yang agak mengejutkan agar individu tersebut mati.

Apa yang dikatakan Fynn itu mengundang kecaman netizen yang menganggap beliau mengalakkan orang lain untuk bunuh diri.

Malah, ada juga netizen yang meyindir sikap Fynn yang lancang itu sebagai salah satu punca beliau sehingga kini tidak boleh mendapatkan zuriat sendiri.

Tidak dinafikan pendapat Fynn tentang isu penat belajar boleh pergi mati itu memang salah dan agak kasar bunyinya. Sebagai seorang yang berpengaruh dan mempunyai ramai peminat majoritinya terdiri daripada golongan remaja yang masih belum boleh berfikir dengan lebih matang, Fynn seharusnya menjawab soalan tersebut dengan cara yang lebih berhemah.  Apa pula pendapat korang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...